Cara Breed Ikan Laga
Di sini saya akan tunjukkan cara2 unntuk breed ikan laga dengan betul. Gambar di atas anda dapat lihat buih ikan laga dan telurnya. Bagaimana proses breed ini berlaku? Pertama sekali Ikan laga jantan akan mengeluarkan buihnya apabila si jantan tersebut melihat ikan laga betina. Cara2nya anda boleh lihat di bawah proses untuk breed ikan laga:
cara pembiakan ikan laga:
Caranya adalah anda perlu menyediakan satu bekas besar untuk breed ikan laga. Kemudian sediakan satu bekas kecil atau apa2 sahaja yang transparent membolehkan ikan dapa melihat dan mengenal antara satu sama lain. Bekas kecil tersebut perlu perlu di isi dengan seekor ikan laga betina dan pastikan bekas tersebut ada ruang udara.
Seterusnya, letakkan bekas lutsinar tadi ke dalam bekas yang besar. Kemudian masukkan ikan laga jantan ke dalam bekas besar pastikan ikan laga betina berada dalam bekas kecil yang lutsinar tidak terbebas dalam ruang bekas besar. Dengan ini dapat mengalakkan ikan laga mengenal antara satu sama lain. Apabila ikan laga jantan tersebut mula mengeluarkan buih yang banyak , itu menandanya ikan tersebut mahu melakukan hubungan dengan ikan laga betina.
Kemudian, anda perlu lepaskan ikan laga betina ke dalam ruang bekas bersama ikan laga jantan untuk melakukan hubungan. Pastikan selepas ikan laga tersebut membiak, ikan laga betina perlu di asingkan dari telurnya untuk mengelak daripada telur terxebut di makan oleh ibunya dan berlakunya lagaan antara ikan tersebut. Selepas itu, anda biarkan ikan laga jantan dalam bekas besar tersebut untuk menjaga telur2 yang berada di buih2 ikan laga itu.
Comments
Post a Comment